1/25/11

crite naik bas

ni adelah crite pasal aku balik keje naik bas aritu. ye, aku mmg seorang pengguna public transport. aku pegi keje naik teksi, balik keje naik bas. sbb aku xde lesen n x cukup duit lagi nak bli transport sendiri. mmg aku ade bajet nak amek lesen taun ni, dan same2 la kita tengok aku berjaya ke x, lpas tu nnt boleh la aku beli suzuki swift n aku nak namakan dia "taylor", mmg ari2 la aku dating ngan taylor swift tu nnt.. haha..

okey, critenya belaku ari isnin aritu (24hb), aku abes keje awal - 5.30 ptg da abes, agak rare gak la klau aku balik pukul 5.30 ni. sebab mmg selalu nya aku akan kna stayback untuk OT, tapi sebab aritu x de OT aku pun balik la awal. aku turun tingkat bawah, punch n bla dari opis aku menuju ke bus stop yang paling dekat ngan opis aku. opis aku kt jalan pudu dan bus stop yang paling dekat ialah kat sebelah pudu jail, blakang time square. lepas dalam 5 minit aku menapak, sampaila kat bus stop tu. aku carik port depan kedai jual kropok2 ngan buah2 utk aku duduk. malas nak berdiri, dan bermulalah sessi menunggu bas. tunggu punya tunggu punya tunggu sampai da tahap jadi tugu negara aku kat situ akhirnya bas yang menuju ke destinasi umah aku pun sampai. tapi yang bengangnya dia boleh plak berhenti kt blakang bas2 lain yang da ade kat situ dari awal. sambil aku berjalan menuju ke bas tu dengan kelajuan optimum dalam ati aku tercetus sedikit sumpah seranah yang berbunyik "dah la lembab, bodoh plak tu". pegi berenti blakang2 buat ape.. singki betul.. tapi nasib baik la aku berjaya gak naik walaupun dalam keadaan kelam kabut disebabkan tahap sivik rakyat Malaysia yang dibawah paras lutut ketika naik bas. lepas je aku bayar tiket n berdiri sambil berpegang pada pemegang yang tersedia, bas tu pun jalan. tapi x lame lepas tu aku rasa ade benda x kena dalam bas ni.. aku toleh kiri kanan, aku tengok penumpang2 lain, yang duduk, yang berdiri..semua nya PEREMPUAN.. aku da pelik. tapi sebab nk sedapkan ati, aku bisikkan ke naluri hati aku "kebetulan je kot.." tapi x lama lpas tu ati aku jadi x sedap balik macam makanan kat kedai makcik kt kampung pandan. tapi makcik tu ade 2 org anak pompuan yg lawa, sebab tu aku makan kat kedai dia. okey berbalik pada crite td,ati aku jadi x sedap balik bile aku sedar ade 3 orang je lelaki dalam bas tu iaitu aku, sorang lagi mamat yang aku rasa bukan warganegara malaysia & driver bas tu. dalam masa kemusykilan kat kepala otak aku smakin bertambah-tambah tu bas yang aku naik tu pun berhenti kt perhentian yang kedua-kat majestic, (area2 jalan pudu gak). dan kat situ la baru kemusykilan yang menerjah kpale otak aku tadi terjawab bila aku terdengar ayat driver bas tu yang menjerit2 kat penumpang2 yang nak naik. ayat tersebut berbunyik cmni "bagi perempuan je naik ye, ini bas untuk wanita, kan dah ade tampal ni, yang lelaki naik bas blakang jap lagi sampai!!" lepas je dengar ayat tu aku rasa cam keras sekejap. otak aku berkata, "bangkai punye driver, kalau bas untuk wanita apesal masa aku bagi duit tambang kat ko tadi ko xde cakap pape pun kat aku, siap bagi aku tiket lagi, jangan plak ko nak cakap ko ingat aku ni perempuan, ayu sangat ke aku..hampeh!!" ,dem, bile masa plak ade tampal bas untuk wanita?? aku x prasan pun?? aku da rasa macam2 da masa tu, rasa bodoh, bengang campur panik sket. tapi aku tetap wat2 cool je. ye la, takkan aku nak menggelabah puyuh tak pepasal dalam bas yang dipenuhi kaum hawa tu, ade aku kna charge under sexual harassment kang. ish, x nak aku.. sepuluh minit yang berikutnya dalam bas tu aku rasa x senang ati betul, rasa gelisah & kalau boleh aku nak terjun ikut tingkap pastu lari laju2 sampai johor. rasa macam tersalah masuk toilet pompuan pun ade.. tapi yang aku sedikit pelik, nape penumpang2 perempuan yang kat dalam bas ni macam x perasan kewujudan aku, ke diorang wat2 x perasan. ah, aku malas nak pikir da. ape yang aku mesti wat skarang aku nak turun kat next stop sebelum kaum2 hawa smua tu perasan kehadiran aku dalam bas ni. dan sbenarnye aku da perasan yang awek berdiri kat sebelah aku da mula pandang2 slack kat aku. aku terus wat bodo & wat2 pandang arah lain. aku da x sabar nak turun dari bas wanita ni, aku da rasa macam aku ni penceroboh hak asasi wanita dan esok muka aku akan terpampang kat cover depan metro. gile. aku x nak jadi cover depan metro, kecuali la klau berita tu pasal hubungan suci & tertutup aku ngan lisa surihani. eheh.. "Ting!!" aku dengar bunyik loceng, ati aku da rasa lega sket. aku da nampak bus stop yang berikutnya. aku nak turun dari bas golongan hawa ni sebab aku bukannya orang yang x paham bahasa. cuma aku x perasan je dekat mana dia letak sign "bas untuk wanita" seperti yang driver bas ni cakap tadi. dan driver tu plak memang seorang yang bangang sebab xde plak dia nk larang aku masa aku naik & bayar tiket tadi. singki punye driver. marah pun x guna, bile je bas tu berenti kat bus stop(kat area jalan pasar,) aku dengan sepantas kuda terus turun dari bas tu dan terus buat2 baca iklan2 yang ade kat dinding bus stop tu sebab aku x nak toleh kat bas tu selagi bas tu belum jalan, sampaila bas tu da jalan baru aku duduk dan ati aku kembali jadi normal sambil melepaskan nafas panjang.. haishh..macam mana la insiden bongok ni bleh terjadi kat aku. adehh.. ntah bila masa sistem "Bas Untuk Wanita" ni berkuatkuasa pun aku x tau. tu la, da la rumah x ade tv, daif gile, pastu paper pun x nak beli. padan la ngan muke aku.. dan petang tu aku kna tunggu bas lagi skali untuk balik ke rumah aku. tapi yang pastinya lpas ni aku akan ushar 5-6 kali kat depan bas tu sebelum aku naik. aku x nak naik "Bas untuk Wanita" lagi. dem.








p/s : harap x ade yang salah paham dgn post aku ni, aku bukannya seorg yg sexist, aku sokong tindakan rapid kl mengadakan sistem cmni, mmg bnyk kebaikannya dan patut da lama ade. tapi satu je yang aku tertanya-tanya... bukan ke kat Malaysia ni kaum2 perempuan ni sibuk sangat nk equality. knape nk kna ade bas untuk wanita?? eheh..







1/23/11

kitaran kawan2 yang kelakar.

okey, ni ade satu crite klaka. crite yang wat aku terus nak hapdet blog aku ni. walaupun sebelum2 ni banyak lagi crite2 yang aku terpikir nak letak dalam post baru aku, tapi sebab aku malas aku peram je criter2 tu, sampai la malam ni, satu insiden menarik yang aku rasa klaka dan tak masuk akal terjadi kat aku. dan dengan serta merta aku terus rasa nak hapdet blog ni walaupun aku tau ntah ade ke tak orang baca. haha.. crite dia bermula bile lpas aku abes layan movie "American Pie" yg aku download tadi, aku pun bukak la fesbuk jap nak tengok kalau2 ade ape2 yang menarik. (sambil baca status awek2 dalam fesbuk ni yang bahasanya kalau kumpul ari2 boleh jadi novel).. lpas da agak 5 minit aku melengkapkan sesi klik home-profile secara konsisten, tetiba satu window chat menjelma dengan sendirinya. Azly Saiful atau nama manjanya Mat Kedah aka John Cena rupenya. berikut adalah sesi perbualan yang mencetuskan insiden pelik ini :

AS : hai pian depp 9:42pm
aku : eh,azli cena 9:43pm
AS : hehe
nk tanya satu soklan boleh? 9:44pm
aku : jgn soalan matematik plak 9:45pm
AS : kaki satu mata 3 apakah aku?
ehehe 9:45pm
aku : peh,tekateki 9:46pm
AS : xde la
ni aku nk tanya
ko satu skolah ngan jibam ke dulu? 9:46pm
aku : aahaha 9:46pm
aku lagi : aku baru je nk pikir
jibam?
jibam mane? 9:48pm
AS : a'ah
aku baru je selesai baca blog dia
ahjhaaha
nama ko ada teselit dlm tu
aku : eheh yeke?
jap2 aku nk baca gak 9:50pm
AS : baca la
bismilah dulu 9:52pm
(lpas 2-3 minit aku baca blog kat link tu..aku reply balik kat kedah)
aku : ahaha
sape aa dia??
sape nama btul dia??
siut da btul la tu
skolah aku dulu
skolah simpang renggam 9:52pm
AS : wahah 9:52pm
aku : siut je ckp aku sakit kuning n x normal
haha 9:52pm
AS : jap aku bg link dia kt ko 9:52pm
aku : ciss 9:52pm
AS : mcm jejak kasih plak 9:53pm

............(dan perbualan seterusnya x payah la aku copy sampai abes kot..kang bosan lak nak baca).


dan lpas tu,aku pun terus sambung baca blog si jibam ni n aku add dia terus kat fesbuk. x sampai 10 minit lpas tu friend request aku accepted n aku officially jumpe balik kawan lame aku yang da 17 taun x jumpe.17 TAHUN tau!! kalau manusia tu da nak amek spm da tu. perghh!!!.. gile btul la.. yang aku rasa klakanye kat sini ialah aku langsung x bajet yang member aku dari poliJB ni (encik saiful "jacob" azly) ni bleh kenal ngan member zaman sekolah rendah aku (Alif Jamil aka Jibam).. dan yang lagi klaka si kedah ni plak yang bleh jadi wartawan jejak kasih antara aku ngan si jibam ni. hadoii.. macam mane la aku boleh x perasan yang selama ni si alip ni ade berlegar-legar di antara kawan2 aku gak rupenye. dan macam gak yg alip tu cakap "tuhan tu maha kaya" aku memang setuju la, dalam keadaan situasi aku yang x ade sape nak kawan da ni tuhan tu tunjukkan balik kawan2 untuk aku. pergh.. macam drama pn ade .. ahaha.. ape2 pun, kredit kepada mat kedah la sebab tanye soalan cepumas dia tu kat aku. haha.. kalau x sampai mati pun aku x tau agaknya. wahaha!!!.. key la. aku nak tido da.. ade esok aku kena jerit ngan admin lagi kang kalau datang lambat.





"Suffian Hadi ialah seorang budak yang tak normal. Dia menghidap penyakit kuning. " <---- antara ayat dlm blog alip aka jibam..wahahaha!!! siut btul... siap cakap aku alien. ahaha!! (tp blog ko lawak lip, esok aku sambung baca.haha)

1/6/11

dua ribu sebelas

yeay,da masuk tahun baru - dua ribu sebelas!!. tahun dua ribu sepuluh da blah da pun,blah dan takkan dtg balik smpai bebile.meninggalkan semua kenangan pahit,masam,kurang manis,tak sedap dan kurang protein.tp sbnarnye bg aku,tahun dua ribu sepuluh yg lepas takdela teruk sangat dan aku rasa tahun tu lebih baik dari tahun sebelumnya - dua ribu sembilan. aku tak nak cerite pasal dua ribu sembilan sebab biarlah aku sorg je la tau ape yg jadi dalam tahun "dugaan" tu.tp cmne pun terime kasih gak la utk tahun tu (2009) sbb bnyk bg aku pengalaman2 yg wat aku lagi matang dan wat aku jadi lebih konfiden ngan diri sendiri.dan tak lupe jugak utk pengalaman yg "indah walaupun sekejap".terima kasih utk pengalaman2 tu.benda2 tu wat aku rasa lagi hensem skrg ni..ahahaa..papepun,aku tak nak crite pasal benda lepas2,skarang da masuk dua ribu sebelas,tahun baru,perspektif baru,paradigma baru,interpretasi baru,SAUFFIAN HADI JAAFAR yang baru,yeah!!..ckp pasal baru terlupe lak satu lg yg nk dibarukan-wishlist baru untuk tahun ini.hehheh..wishlist aku untuk tahun lepas tak berjaya direalisasikan kesemuanya."PSP" ngan "holga fisheye" aku gagal untuk dimiliki.tp takpe,benda2 tu akan aku bawa ke hadapan dan letak dalam senarai wishlist aku untuk tahun ni..ngeh..ngeh..ngeh..tp,skarang blum masa lagi nak cerite pasal wishlist aku tu.nnt dalam post akan datang atau akan akan datang atau akan akan akan datang lagi aku cerite.ahaha..tak tau la apsal aku malas sangat nk update.tp mulai bulan ni aku berazam akan selalu update blog terabai ni.ini janji aku bersaksikan member aku yang tgh tido kt depan aku ni.okey la,cukup la kot utk karutan2 aluan awal tahun ni.nnt gua hapdet lagi blog gua ni.sesape rase takde keje nk buang2 masa atau pahala,baca la..klau tak nak,ABAIKAN je.ade aku kesah.eheh.selamat tahun baru!! xīn nián kuài lè!!