11/8/11

rumusan enam bulan

salam, aku kembali.. aku merepek lagi..

eheh..yang sebenarnya aku tak tau macam mana nak buat ayat intro sebab dah lama sangat tak update benda alah ni... dekat setengah tahun rasanya blog ni terpinggir, kalaulah blog aku ni buah durian, mungkin dah jadi tempoyak agaknya.. boleh la aku bagi pada mak aku suruh masak lemak pucuk ubi campur tempoyak... dan aku pun tak tau kenapa aku boleh masuk bab tempoyak pulak ni.. cepat btul hilang fokus la.. okey la berbalik pada berita penting..

sebenarnya nak di ikutkan, banyak benda aku nak letakkan dalam blog ni, banyak hal aku nak ceritakan, banyak perkara nak aku kongsikan.. tapi disebabkan sifat semula jadi aku yang tak berapa nak konsisten dan mudah hilang fokus serta ditambah dengan faktor kesihatan laptop aku yang tak mengizinkan untuk aku aktif menaip.. (eheh..banyak betul alasan).. tapi memang betul..laptop aku mati lemas aritu, sebab terkena air hujan masa aku tinggalkan beliau kat rumah..aku tak tipu. tapi baru2 ni..(tak berapa baru sangat la..) aku rasa bersemangat balik nak update blog picisan ni sebab sorang member aku mengajukan soalan sinis yang berbunyik "Pian, bler nk update blog? mentang2 la blog name abaikan, ko abaikan je blog ko ye..." (takde sinis mana pun..aku saje je tambah nak menyedapkan ayat...) dan selepas membaca pertanyaan beliau tu, baru aku teringat yang aku ni ade blog rupenya..(ape punya sengal), dan secara serta merta gak aku terfikir ada jugak rupanya orang yang nak baca blog aku yang ntahpape ni.. tiba-tiba aku rasa malu macam umang-umang lepas tu...

dalam 6 bulan yang lepas ni, banyak benda yang berlaku, macam-macam perkara yang jadi... aku rasa dalam tempoh tu garisan hidup aku bertambah baik, semakin okey... walaupun tak sehebat hidup artis terkenal, tak seindah hidup sang pencinta dan tak sesuci hidup para sufi untuk diceritakan pada khalayak, tapi kesimpulannya kurang lebih jalan cerita aku tahun ini lebih elok berbanding sinopsis hidup aku tahun lepas... dan yang nyata, perkara yang paling aku harap pada tahun lepas perlahan-lahan termakbul, walaupun perlahan tapi pasti ... apa yang aku maksudkan ialah sillaturahim yang jauh sebelum ni dapat didekatkan semula.. agenda-agenda yang keruh dapat dijernihkan kembali dan kekusutan lama sedikit sebanyak dapat dirungkaikan.. dan aku harap, pengalaman dapat mengajar aku jadi lebih baik, lebih matang dan lebih hensem..eheh.. jadi untuk update aku yang setelah sekian lama ni, aku letak gambar-gambar rumusan ape yang berlaku dalam 6 bulan ni. sebab kata orang "a picture speak a thousand words" dan rasanya terlalu panjang untuk aku ceritakan dalam satu post. nanti menyampah pulak sesape yang baca blog ni... jadi tengok je la ye gambar-gambar yang aku selitkan kat bawah ni..


geng-geng opis (willy wonka chocolate factory)...mmg saje je aku letak gambar blur.kami semua low profile..


majlis kahwin zyla...(kenduri kahwin paling lambat aku datang.pukul 7.30 baru sampai.mjlis da abes dah,tapi naseb baik pengantin sporting tak tukar baju lagi..nak amek gambar punya pasal, haha)


geng-geng ex poli JB yang berjaya dikenalpasti


lagi geng-geng willy wonka's chocolate factory (masa ni jamuan buka puasa opis)


ni plak geng-geng rebel (gambar masa lepas bukak puasa gak)


ni geng-geng sekolah(juga gambar masa lepas bukak puasa )


ni geng ex poli dalam kuantiti besar (pun gambar masa lepas majlis bukak puasa )


beraya ngan geng sekolah...semua da nak kawen..haha



maka,itulah sedikit sebanyak himpunan cerita-cerita silaturrahim aku dalam enam bulan yang lepas... kesimpulannya banyak perubahan-perubahan positif yang berlaku dan macam-macam pengalaman aku dapat..dan pada mereka yang ada masa aku susah senang.. terima kasih tanpa sempadan untuk anda semua. anda tahu siapa anda. :)



p/s: doa-doakan aku rajin nak update.







5/31/11

officially a loser!! (lomo user)


















aku malas nk taip, aku post gambau je la... dari permainan analog aku yang x berapa nak baru sangat aku beli.... sila la tengok...

4/22/11

rambut oh rambut

hubungan kita selalu disalahertikan, ramai yg salah anggap pada saya semasa kita bersama, mungkin mereka cemburu pada saya sebab fikir saya x layak utk awak, tapi saya x pernah kesah semua tu, sebab cuma awak je la yang jadi teman suka duka saya setiap masa.. tapi da sampai masa kita berpisah,maafkan saya..mungkin kalau ade umur kita jumpa lagi tahun depan...rambut panjangku..


aa tu merupakan status yang aku post kat fb pada 2 bulan lepas (8 februari). dan telah berjaya merangkul 36 komen dan 7 like, ahaha..
ye, memang betul aku da potong rambut. da 2 bulan aku berambut pendek, rasa ringan, selesa, mudah dan sama hensem seperti biasa. eheh..
last aku potong rambut seingat aku bulan 8 tahun 2009, jadi kira2 rambut aku agak cepat gak panjang, setahun je da leh panjang sampai bahu.
dalam masa setahun je, dari rupa jared leto aku da bleh jadi bert mckracken balik. hehheh.. sbenarnye kalau nak ikutkan aku malas nak potong rambut pun,
biar je panjang sampai pinggang, pastu nanti bile aku jalan memalam boleh la orang paku leher aku sambil tunggu aku bertukar jadi perempuan cantik. tapi
disebabkan titah sultan negeri "api-api" da berulangkali diturunkan kat aku dalam awal tahun ni.maka terpaksa la aku akur dengan titah "sultan" tersebut.
tapi xpe la, at least aku potong rambut skarang, raya nanti da panjang balik. da rock balik, getusku di dalam hati. (ayat nak sedapkan ati).
okey, sebab da cerita pasal rambut ni, aku nk share aa sket pengalaman2 aku masa rambut panjang. sbenarnya selama ni aku bela rambut panjang bukannya la sebab aku ni rock
sangat, tapi tujuan utamanya sebab nak bagi nampak matang. macam klaka je alasan dia kan. tapi percayala, dengan susuk tubuh aku yang x berape gagah perkasa ni,
ditambahkan lagi dengan riak wajah yang x dimakan usia, (uhuk..uhuk..) aku akan kelihatan sebijik macam budak sekolah tingkatan 4 atau 5 bile rambut aku dipotong
pendek. silap2 kalau aku naik bas balik kampung pakai baju sekolah pun boleh dapat separuh harga. tapi lain plak crite dia bile aku rambut panjang, lagi mencabar kewibaan dan
keluhuran dia punye pengalaman. keyla, aku pun da malas nak intro panjang2, kat bawah ni antara kompilasi peristiwa2 yang melibatkan aku dalam tempoh aku berambut panjang selama ni.



-peristiwa pertama
yang ni da lame da, 3 tahun lepas rasanya. masa tu rambut aku panjang paras2 bahu, ade skali tu aku masuk wad dan sebelah katil aku tu pakcik sakit kencing manis.
pakcik ni duk wad sorang2, tapi bila waktu melawat, isteri dia datang tengok dia. yang bestnya, masa waktu melawat 1st day aku masuk wad tu isteri pakcik tu pun datang la melawat pakcik tu. disebabkan makcik tu
1st time nampak aku kat wad tu, dia pun tanye la aku soalan2 lazim yang aku da lali nak jawab masa masuk wad. makcik tu tanye
aku "sakit ape?", "duk mane?", "bile masuk wad?" dan lain2 lagi la... tapi yang paling best skali dalam banyak2 soalan tu last skali dia tanye aku "awak ni lelaki ke perempuan?" aku jadi terkesima jap dengan
soalan makcik tu.. tapi dalam 3 saat kemudian aku jawab gak "saya ni lelaki" disertakan dengan senyum tanpa gula. lepas je aku jawab soalan makcik tu, suami dia yang agaknya terdengar pertanyaan bini
dia tu terus marah kat makcik tu sambil cakap "ape punya soalan la awak ni, dia lelaki la, kan ni wad lelaki". lepas tu makcik tersebut sambil senyum tersipu-sipu, dia keluarkan satu ayat yang aku ingat lagi
sampai skarang. ayat makcik tu "saya tanye je, sebab muka dia manis, ingatkan perempuan". lepas tu makcik terus x tanye aku ape2 da, dia layan suami dia je... dan aku pulak?? kaku sekejap kat katil sambil bait2
ayat makcik tu tadi terngiang-ngiang kat otak aku macam cd rosak. sampai skarang aku cuba carik celah mana manisnya aku ni.. Muka aku manis?? adehh.. xley bla..

-peristiwa kedua
yang ni masa tu bulan puasa tahun lepas. aku balik keje awal naik lrt. sampai2 je kat stesen lrt rumah aku ni, aku pun menapak la menuju ke rumah. tapi sebab bulan puasa, kat area stesen lrt tu banyak gerai2 jual kuih dan juadah2 berbuka puasa yang bukak
kat situ, aku pun singgahla kat satu gerai tu sebab nak beli kuih. lepas ushar2 lebih kurang kuih2 kat situ aku pun suh la akak jual kuih tu bungkus satu kuih,(ntah kuih ape,aku da lupe). akak tu pun tapau la kuih tu. tapi masa dia hulur plastik kuih tu kat aku,
aku perasan akak tu ushar aku pelik, lame dia tenung aku..lepastu masa aku bagi duit kat dia tetibe dia beristighfar panjang dan disambung ngan ayat "aku ingatkan perempuan"..aku pun terus hulur duit kat akak tu sambil senyum je..x tau nak cakap ape da..
lagipun bulan puasa masa tu..sabar je la..(lupe nak bagi tau masa ni pun rambut aku panjang lepas bahu)

-peristiwa ketiga
kejadian yang ni terjadi ujung taun lepas (kalau x silap aku la), masa tu time lunch hour, lpas makan aku lari gi time square jap pasal nak cucuk duit. lepas setel amek duit nak balik opis tu aku singgah la jap masuk toilet.
tapi time tu plak smua toilet "occupied", kna la aku menunggu sat sambil cuci2 muka n betul2 kan rambut yang x pernah knal sikat sejak sepuluh tahun lpas. tengah aku depan cermin sambil menggaya-gayakan rambut aku tu,
tetibe masuk sorang mamat negro dalam toilet tu. pastu aku pn pandang la dia tapi lepas dia terpandang aku je,langkah dia terus terhenti sambil wat muka kaget sambil cakap "oww man!!". dan aku masa tu agak pelik
sambil cakap dalam ati "apsal lak mamat nigger ni?". lpas tu plak aku tengok negro tu terus cepat2 menuju keluar dari toilet tu, tapi sampai je dia kat pintu toilet tu dia berenti lagi skali sambil wat muka pelik cam tgh berfikir. lepas tu dia
masuk balik dengan muka confuse macam muka student spm nk jawab soalan trigonometri add math. aku masa tu da bleh bajet da ape yg nigger ni pikir..mesti dia ingat dia salah masuk toilet pompuan sbb dia ingatkan yg aku ni seorang awek.
ciss.. dan skali lagi aku tengok muka aku betul2 kat cemin toilet sambil pikir, bahagian mane ntah kat muka aku ni yg nampak cam awek..hampehh..

-peristiwa keempat
aa yang ni baru gak la,dalam awal tahun ni kot. aku pergi lepak donut kat time square lepas abes keje.(donut kat time square memang da jadi port aku kalau aku malas nak balik umah awal2 lepas keje, sampai pekerja diorg da kenal aku.).
mase aku pegi donut tu ade sorang budak baru start keje jadi cashier kat situ. masa aku tgh ushar2 papan display menu dia kt atas tu mamat cashier dengan spontannya tanya kat aku "ye,nak order ape kak?". aku pandang muke dia, aku senyap 5 saat
dan dengan muka serta nada penat aku cakap "abang la.." lepas tu aku dengar kat kitchen, budak2 lain yang keje donut tu da gelak2..ceh...


demikian la antara kisah2 tragis pengalaman2 aku masa rambut panjang. sbenarnya banyak lagi, tapi ni antara yang aku ingat je. x campur lagi ngan crite aku salah naik bas wanita, lepas tu kejadian2 yang melibatkan member kepada member aku
yang tak nak salam aku sebab ingat aku bukan muhrim, cerite driver bas panggil aku michael jackson dan memacam lagi kejadian2 ntahpape lagi... walau camne pun aku nekad, aku tetap nak bela rambut panjang balik sebab lepas aku berambut pendek ni, bebudak opis aku
x pepasal je samekan aku ngan justin bieber..memang aku x bleh terime.

2/9/11

fujifilm instax #1.test

aku berkenalan ngan fujifilm instax wide ni bulan puasa tahun lepas. dan sampai arini kitorang masih dalam proses mengenal hati budi masing2 la.. ni ade la sket usaha sama kitorang yang sempat aku tunjuk kat sini. nant senang2 aku tambah lagi koleksi usaha sama kitorg ni.













aku x berape reti lagi nak bajet amek gamba pakai kamera ni pasal viewfinder dia kat tepi. mengelirukan. ntah ape2.

takde tajuk

kali ni aku nak try post seberapa banyak benda yang aku nak sebab malam ni aku agak kecewa sikit pasal tak dapat nak balik kampung, tu la jadi jakun lagi ngan azmi kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tadi. kan da tak dapat nk balik. padan dengan muka aku.. tapi seriusla aku cakap, TBS yang baru kat BTS (Bandar Tasik Selatan) tu memang dasat.. walaupun blum beroperasi sepenuhnya tapi aku harap mende alah tu akan beroperasi dengan hensem dan sistematik nanti. infrastruktur binaan dia da cukup hensem bagi aku, masuk2 je aku rasa cam masuk airport.. siap ade troli untuk beg2 aka bagasi lagi. pastu panel paparan bas2 yang sampai & berlepas pun da macam kat airport da, kaunter tiket dia pun da centralised, korang leh pergi mane2 kaunter je untuk beli tiket ke semua destinasi. x payah nak melilau carik tiket nak pergi bertam hulu kat mane, nak pergi jemapoh kat mane, chiang mai kat mane. (contoh je la, aku main sebut je tempat2 tu. tapi yang pasti semua destinasi ke selatan je). memang kat situ da macam airport la gua cakap lu cuma satu je yang takde kelibat stewardess2 berbaju ketat dan bermekap tebal je lalu lalang & bersidai kat sana. tu je xde. klau ade, memang tetiap minggu aku balik kampung. kemudahan pengangkutan pun senang, ade star, komuter ngan erl.pastu teksi pun bersepah nak bawak korang kat mane korang nak pegi. lagi satu aku perasan tadi polis pun ramai gile lepak2 kat sana. ade yang cakap2 ngan walkie talkie, ade yang check kereta org, ade yang borak2 sesama sendiri, ade yang..eh memang ramaila.. da macam bukit aman pun ade gak. senang cerita, keselamatan agak terjamin la kat situ. tapi xdela seratus peratus terjamin, sebab polis bukannye tuhan, kalau da nak jadi pape tu jadi gak. tapi sekurang-kurangnya faktor keselamatan kat situ x merisaukan la. tempat parking kereta kat situ pun besar gak la, boleh la muat 3 juta kereta (ni tipu, aku memain je), aku x tau la kapasiti sbenar parking lot dia, tapi memang besar la. akan datang mungkin kena bayar parking dia tu, sebab ade palang automatik tadi aku nampak. tadi dia belum berfungsi lagi. sampul plastik kat palang tu pun blum bukak lagi, tunggu orang politik rasmikan dulu kot. keseluruhannya yang aku nampak tadi memang cam best la TBS tu akan datang. dan mintak2 bende2 tu smua maintain la smpai bebile, jangan lame2 nanti jadi cam kat puduraya dan ulat2 tiket berleluasa suda. tempat da style, sistem pun macam da ngam cuma harapkan pihak yang organised TBS tu nanti pun konsisten dan komited gak la memantau kemudahan yang baru ni. peh.. aku pun x tau da knape aku bleh plak review pasal TBS ni.. ni semua pasal x jadi balik kampung la ni.. ciss...







kredit kat member aku Ahmad Azmi Majid untuk gamba2 di atas. beria sangat ambik gamba siap mintak kebenaran kat polis. kuat sangat kusut dia tu. haha..



1/25/11

crite naik bas

ni adelah crite pasal aku balik keje naik bas aritu. ye, aku mmg seorang pengguna public transport. aku pegi keje naik teksi, balik keje naik bas. sbb aku xde lesen n x cukup duit lagi nak bli transport sendiri. mmg aku ade bajet nak amek lesen taun ni, dan same2 la kita tengok aku berjaya ke x, lpas tu nnt boleh la aku beli suzuki swift n aku nak namakan dia "taylor", mmg ari2 la aku dating ngan taylor swift tu nnt.. haha..

okey, critenya belaku ari isnin aritu (24hb), aku abes keje awal - 5.30 ptg da abes, agak rare gak la klau aku balik pukul 5.30 ni. sebab mmg selalu nya aku akan kna stayback untuk OT, tapi sebab aritu x de OT aku pun balik la awal. aku turun tingkat bawah, punch n bla dari opis aku menuju ke bus stop yang paling dekat ngan opis aku. opis aku kt jalan pudu dan bus stop yang paling dekat ialah kat sebelah pudu jail, blakang time square. lepas dalam 5 minit aku menapak, sampaila kat bus stop tu. aku carik port depan kedai jual kropok2 ngan buah2 utk aku duduk. malas nak berdiri, dan bermulalah sessi menunggu bas. tunggu punya tunggu punya tunggu sampai da tahap jadi tugu negara aku kat situ akhirnya bas yang menuju ke destinasi umah aku pun sampai. tapi yang bengangnya dia boleh plak berhenti kt blakang bas2 lain yang da ade kat situ dari awal. sambil aku berjalan menuju ke bas tu dengan kelajuan optimum dalam ati aku tercetus sedikit sumpah seranah yang berbunyik "dah la lembab, bodoh plak tu". pegi berenti blakang2 buat ape.. singki betul.. tapi nasib baik la aku berjaya gak naik walaupun dalam keadaan kelam kabut disebabkan tahap sivik rakyat Malaysia yang dibawah paras lutut ketika naik bas. lepas je aku bayar tiket n berdiri sambil berpegang pada pemegang yang tersedia, bas tu pun jalan. tapi x lame lepas tu aku rasa ade benda x kena dalam bas ni.. aku toleh kiri kanan, aku tengok penumpang2 lain, yang duduk, yang berdiri..semua nya PEREMPUAN.. aku da pelik. tapi sebab nk sedapkan ati, aku bisikkan ke naluri hati aku "kebetulan je kot.." tapi x lama lpas tu ati aku jadi x sedap balik macam makanan kat kedai makcik kt kampung pandan. tapi makcik tu ade 2 org anak pompuan yg lawa, sebab tu aku makan kat kedai dia. okey berbalik pada crite td,ati aku jadi x sedap balik bile aku sedar ade 3 orang je lelaki dalam bas tu iaitu aku, sorang lagi mamat yang aku rasa bukan warganegara malaysia & driver bas tu. dalam masa kemusykilan kat kepala otak aku smakin bertambah-tambah tu bas yang aku naik tu pun berhenti kt perhentian yang kedua-kat majestic, (area2 jalan pudu gak). dan kat situ la baru kemusykilan yang menerjah kpale otak aku tadi terjawab bila aku terdengar ayat driver bas tu yang menjerit2 kat penumpang2 yang nak naik. ayat tersebut berbunyik cmni "bagi perempuan je naik ye, ini bas untuk wanita, kan dah ade tampal ni, yang lelaki naik bas blakang jap lagi sampai!!" lepas je dengar ayat tu aku rasa cam keras sekejap. otak aku berkata, "bangkai punye driver, kalau bas untuk wanita apesal masa aku bagi duit tambang kat ko tadi ko xde cakap pape pun kat aku, siap bagi aku tiket lagi, jangan plak ko nak cakap ko ingat aku ni perempuan, ayu sangat ke aku..hampeh!!" ,dem, bile masa plak ade tampal bas untuk wanita?? aku x prasan pun?? aku da rasa macam2 da masa tu, rasa bodoh, bengang campur panik sket. tapi aku tetap wat2 cool je. ye la, takkan aku nak menggelabah puyuh tak pepasal dalam bas yang dipenuhi kaum hawa tu, ade aku kna charge under sexual harassment kang. ish, x nak aku.. sepuluh minit yang berikutnya dalam bas tu aku rasa x senang ati betul, rasa gelisah & kalau boleh aku nak terjun ikut tingkap pastu lari laju2 sampai johor. rasa macam tersalah masuk toilet pompuan pun ade.. tapi yang aku sedikit pelik, nape penumpang2 perempuan yang kat dalam bas ni macam x perasan kewujudan aku, ke diorang wat2 x perasan. ah, aku malas nak pikir da. ape yang aku mesti wat skarang aku nak turun kat next stop sebelum kaum2 hawa smua tu perasan kehadiran aku dalam bas ni. dan sbenarnye aku da perasan yang awek berdiri kat sebelah aku da mula pandang2 slack kat aku. aku terus wat bodo & wat2 pandang arah lain. aku da x sabar nak turun dari bas wanita ni, aku da rasa macam aku ni penceroboh hak asasi wanita dan esok muka aku akan terpampang kat cover depan metro. gile. aku x nak jadi cover depan metro, kecuali la klau berita tu pasal hubungan suci & tertutup aku ngan lisa surihani. eheh.. "Ting!!" aku dengar bunyik loceng, ati aku da rasa lega sket. aku da nampak bus stop yang berikutnya. aku nak turun dari bas golongan hawa ni sebab aku bukannya orang yang x paham bahasa. cuma aku x perasan je dekat mana dia letak sign "bas untuk wanita" seperti yang driver bas ni cakap tadi. dan driver tu plak memang seorang yang bangang sebab xde plak dia nk larang aku masa aku naik & bayar tiket tadi. singki punye driver. marah pun x guna, bile je bas tu berenti kat bus stop(kat area jalan pasar,) aku dengan sepantas kuda terus turun dari bas tu dan terus buat2 baca iklan2 yang ade kat dinding bus stop tu sebab aku x nak toleh kat bas tu selagi bas tu belum jalan, sampaila bas tu da jalan baru aku duduk dan ati aku kembali jadi normal sambil melepaskan nafas panjang.. haishh..macam mana la insiden bongok ni bleh terjadi kat aku. adehh.. ntah bila masa sistem "Bas Untuk Wanita" ni berkuatkuasa pun aku x tau. tu la, da la rumah x ade tv, daif gile, pastu paper pun x nak beli. padan la ngan muke aku.. dan petang tu aku kna tunggu bas lagi skali untuk balik ke rumah aku. tapi yang pastinya lpas ni aku akan ushar 5-6 kali kat depan bas tu sebelum aku naik. aku x nak naik "Bas untuk Wanita" lagi. dem.








p/s : harap x ade yang salah paham dgn post aku ni, aku bukannya seorg yg sexist, aku sokong tindakan rapid kl mengadakan sistem cmni, mmg bnyk kebaikannya dan patut da lama ade. tapi satu je yang aku tertanya-tanya... bukan ke kat Malaysia ni kaum2 perempuan ni sibuk sangat nk equality. knape nk kna ade bas untuk wanita?? eheh..







1/23/11

kitaran kawan2 yang kelakar.

okey, ni ade satu crite klaka. crite yang wat aku terus nak hapdet blog aku ni. walaupun sebelum2 ni banyak lagi crite2 yang aku terpikir nak letak dalam post baru aku, tapi sebab aku malas aku peram je criter2 tu, sampai la malam ni, satu insiden menarik yang aku rasa klaka dan tak masuk akal terjadi kat aku. dan dengan serta merta aku terus rasa nak hapdet blog ni walaupun aku tau ntah ade ke tak orang baca. haha.. crite dia bermula bile lpas aku abes layan movie "American Pie" yg aku download tadi, aku pun bukak la fesbuk jap nak tengok kalau2 ade ape2 yang menarik. (sambil baca status awek2 dalam fesbuk ni yang bahasanya kalau kumpul ari2 boleh jadi novel).. lpas da agak 5 minit aku melengkapkan sesi klik home-profile secara konsisten, tetiba satu window chat menjelma dengan sendirinya. Azly Saiful atau nama manjanya Mat Kedah aka John Cena rupenya. berikut adalah sesi perbualan yang mencetuskan insiden pelik ini :

AS : hai pian depp 9:42pm
aku : eh,azli cena 9:43pm
AS : hehe
nk tanya satu soklan boleh? 9:44pm
aku : jgn soalan matematik plak 9:45pm
AS : kaki satu mata 3 apakah aku?
ehehe 9:45pm
aku : peh,tekateki 9:46pm
AS : xde la
ni aku nk tanya
ko satu skolah ngan jibam ke dulu? 9:46pm
aku : aahaha 9:46pm
aku lagi : aku baru je nk pikir
jibam?
jibam mane? 9:48pm
AS : a'ah
aku baru je selesai baca blog dia
ahjhaaha
nama ko ada teselit dlm tu
aku : eheh yeke?
jap2 aku nk baca gak 9:50pm
AS : baca la
bismilah dulu 9:52pm
(lpas 2-3 minit aku baca blog kat link tu..aku reply balik kat kedah)
aku : ahaha
sape aa dia??
sape nama btul dia??
siut da btul la tu
skolah aku dulu
skolah simpang renggam 9:52pm
AS : wahah 9:52pm
aku : siut je ckp aku sakit kuning n x normal
haha 9:52pm
AS : jap aku bg link dia kt ko 9:52pm
aku : ciss 9:52pm
AS : mcm jejak kasih plak 9:53pm

............(dan perbualan seterusnya x payah la aku copy sampai abes kot..kang bosan lak nak baca).


dan lpas tu,aku pun terus sambung baca blog si jibam ni n aku add dia terus kat fesbuk. x sampai 10 minit lpas tu friend request aku accepted n aku officially jumpe balik kawan lame aku yang da 17 taun x jumpe.17 TAHUN tau!! kalau manusia tu da nak amek spm da tu. perghh!!!.. gile btul la.. yang aku rasa klakanye kat sini ialah aku langsung x bajet yang member aku dari poliJB ni (encik saiful "jacob" azly) ni bleh kenal ngan member zaman sekolah rendah aku (Alif Jamil aka Jibam).. dan yang lagi klaka si kedah ni plak yang bleh jadi wartawan jejak kasih antara aku ngan si jibam ni. hadoii.. macam mane la aku boleh x perasan yang selama ni si alip ni ade berlegar-legar di antara kawan2 aku gak rupenye. dan macam gak yg alip tu cakap "tuhan tu maha kaya" aku memang setuju la, dalam keadaan situasi aku yang x ade sape nak kawan da ni tuhan tu tunjukkan balik kawan2 untuk aku. pergh.. macam drama pn ade .. ahaha.. ape2 pun, kredit kepada mat kedah la sebab tanye soalan cepumas dia tu kat aku. haha.. kalau x sampai mati pun aku x tau agaknya. wahaha!!!.. key la. aku nak tido da.. ade esok aku kena jerit ngan admin lagi kang kalau datang lambat.





"Suffian Hadi ialah seorang budak yang tak normal. Dia menghidap penyakit kuning. " <---- antara ayat dlm blog alip aka jibam..wahahaha!!! siut btul... siap cakap aku alien. ahaha!! (tp blog ko lawak lip, esok aku sambung baca.haha)