11/8/11

rumusan enam bulan

salam, aku kembali.. aku merepek lagi..

eheh..yang sebenarnya aku tak tau macam mana nak buat ayat intro sebab dah lama sangat tak update benda alah ni... dekat setengah tahun rasanya blog ni terpinggir, kalaulah blog aku ni buah durian, mungkin dah jadi tempoyak agaknya.. boleh la aku bagi pada mak aku suruh masak lemak pucuk ubi campur tempoyak... dan aku pun tak tau kenapa aku boleh masuk bab tempoyak pulak ni.. cepat btul hilang fokus la.. okey la berbalik pada berita penting..

sebenarnya nak di ikutkan, banyak benda aku nak letakkan dalam blog ni, banyak hal aku nak ceritakan, banyak perkara nak aku kongsikan.. tapi disebabkan sifat semula jadi aku yang tak berapa nak konsisten dan mudah hilang fokus serta ditambah dengan faktor kesihatan laptop aku yang tak mengizinkan untuk aku aktif menaip.. (eheh..banyak betul alasan).. tapi memang betul..laptop aku mati lemas aritu, sebab terkena air hujan masa aku tinggalkan beliau kat rumah..aku tak tipu. tapi baru2 ni..(tak berapa baru sangat la..) aku rasa bersemangat balik nak update blog picisan ni sebab sorang member aku mengajukan soalan sinis yang berbunyik "Pian, bler nk update blog? mentang2 la blog name abaikan, ko abaikan je blog ko ye..." (takde sinis mana pun..aku saje je tambah nak menyedapkan ayat...) dan selepas membaca pertanyaan beliau tu, baru aku teringat yang aku ni ade blog rupenya..(ape punya sengal), dan secara serta merta gak aku terfikir ada jugak rupanya orang yang nak baca blog aku yang ntahpape ni.. tiba-tiba aku rasa malu macam umang-umang lepas tu...

dalam 6 bulan yang lepas ni, banyak benda yang berlaku, macam-macam perkara yang jadi... aku rasa dalam tempoh tu garisan hidup aku bertambah baik, semakin okey... walaupun tak sehebat hidup artis terkenal, tak seindah hidup sang pencinta dan tak sesuci hidup para sufi untuk diceritakan pada khalayak, tapi kesimpulannya kurang lebih jalan cerita aku tahun ini lebih elok berbanding sinopsis hidup aku tahun lepas... dan yang nyata, perkara yang paling aku harap pada tahun lepas perlahan-lahan termakbul, walaupun perlahan tapi pasti ... apa yang aku maksudkan ialah sillaturahim yang jauh sebelum ni dapat didekatkan semula.. agenda-agenda yang keruh dapat dijernihkan kembali dan kekusutan lama sedikit sebanyak dapat dirungkaikan.. dan aku harap, pengalaman dapat mengajar aku jadi lebih baik, lebih matang dan lebih hensem..eheh.. jadi untuk update aku yang setelah sekian lama ni, aku letak gambar-gambar rumusan ape yang berlaku dalam 6 bulan ni. sebab kata orang "a picture speak a thousand words" dan rasanya terlalu panjang untuk aku ceritakan dalam satu post. nanti menyampah pulak sesape yang baca blog ni... jadi tengok je la ye gambar-gambar yang aku selitkan kat bawah ni..


geng-geng opis (willy wonka chocolate factory)...mmg saje je aku letak gambar blur.kami semua low profile..


majlis kahwin zyla...(kenduri kahwin paling lambat aku datang.pukul 7.30 baru sampai.mjlis da abes dah,tapi naseb baik pengantin sporting tak tukar baju lagi..nak amek gambar punya pasal, haha)


geng-geng ex poli JB yang berjaya dikenalpasti


lagi geng-geng willy wonka's chocolate factory (masa ni jamuan buka puasa opis)


ni plak geng-geng rebel (gambar masa lepas bukak puasa gak)


ni geng-geng sekolah(juga gambar masa lepas bukak puasa )


ni geng ex poli dalam kuantiti besar (pun gambar masa lepas majlis bukak puasa )


beraya ngan geng sekolah...semua da nak kawen..haha



maka,itulah sedikit sebanyak himpunan cerita-cerita silaturrahim aku dalam enam bulan yang lepas... kesimpulannya banyak perubahan-perubahan positif yang berlaku dan macam-macam pengalaman aku dapat..dan pada mereka yang ada masa aku susah senang.. terima kasih tanpa sempadan untuk anda semua. anda tahu siapa anda. :)



p/s: doa-doakan aku rajin nak update.